belek belek gambo yang berkepok kepok dalam hard disk 1000G, terjumpe gambo kat Kampung Kuantan yang telah di simpan sekian lama dengan niat dan nawaitu untuk di masuk di dalam blog..
Fantasi dan cite dulu duluaku dah lame teringin bebeno..nak pegi kat tempat kelip kelip ni...sejak ada iklan TNB dulu dulu... aku bayangkan macam ada kat alam fantasi, kelip kelip yang akan terbang di sekeliling aku...dan hingap di tapak tangan.
masa kecik kecik dulu...masa tu tengah takde karen (black out)...pastu aku jengok ke luor nampak kelip kelip berterbangan.. Maklum le, kanak2 kanak riang, masa tu, aku ingat benda tu "Tinkerbell"( ala, pari pari kecik dalam citer katun Peterpan tur).
Nak di jadikan cerita, ada seekor kelip kelip yang tak berapa bijak.masok dalam rumah aku..lalu aku cekop menggunakan bakul penapis dapor...
mula mula rasa kecewa sebab, benda tu bukan tinkerbell..kemudian timbul satu idea yang super kreatif (keluar mentol atas kepala..ting.ting..tingg..)
"kalo kumpul kelip kelip ni banyak banyak, boleh le jadi lampu bila takde letrik"
lalu aku pun sumbat kelip kelip malang itu kedalam botol jem, kemudian aku tutup mengguna beg plastik yang telah di tebuk tebuk (untuk pengudaraan)
lepas beberapa minit, cahaya kelip kelip tu makin pudar...dan semakin hilang....
dan dalam keasyikan memerhatikan botol yang berisi kelip kelip itu..aku pun tertido..zzzzzz.
keesokan harinya..kelip kelip berada dalam posisi terlentang dengan ke enam kakinya menghala ke atas. (dah arwah)
sebenarnya ada kisah dogeng dahulu kala yang di turunkan dari generasi ke generasi..
bapak aku cakap, (dulu aku percaya 100%) kelip kelip tur merupakan kuku
cina mampos ( mayat cina yang telah mati
)... aku bayangkan...lepas mati mati, kuku kuku mayat itu bercahaya, lalu tercabut dari jari jemari..berterbangan mencari mangsa....eeeee scary.
Ok, dah habis sesi mengenang zaman lampau, kembali ke alam nyata. hehe.

Bumble Bee dan Mr. Hanguk hanguk...menemani perjalanan..
Kampung Kuantan merupakan satu tarikan pelancongan di Selangor yang sangat unik.(nama je Kuantan, tapi bukan kat Pahang yek). Kira kira sejam setengah dari Kuala Lumpur, dari Sungai Buloh, akan ada sign board yang menghala ke Kuala Selangor. Kemudian, setelah tiba di pekan Kuala Selangor, akan ada papan tanda "KAMPUNG KUANTAN"..sebelah kiri ada kuil, lepas tu belok kanan...terus saje..sampai ler!

ikut je sign board..tak payah guna GPS...musti sampai punya
"anda kini berada di kawasan jajahan kelip kelip" No camera please, jangan buat Onar di sini, ikan di sungai ini bukan untuk di tangkap, Gunakan ubat nyamuk yg tidak memedihkan mata kelip kelip, jangan membazir bateri lampu suluh anda kerana malam ini kami yg akan menerangi hidup anda" -pesanan dari ketua kampung kelip kelip
sebaik baiknya..sampai kat situ dalam pukul 8 malam, masa tu..orang dah beratur panjang nak naik bot.
masa aku pegi tur..kebanyakan pelancong adalah pelancong asing (biasa ler, pelancong tempatan mana minat tgk benda benda macam ni...kalo free mungkin ramai!). pelancong pelancong arab dan omputeh ramai sangat.. tunggu giliran kat jeti, beratur dulu sambil penjaga kaunter mengagihkan jaket keselamatan.

cotton candy...sambil menunggu giliran.. nyam..nyam.. masuk mulut..terus melebur

awal awal lagi dah bersiap pakai jaket keselamatan...hangat giler..padahal...lambat lagi giliran nak naik sampan..exited punya pasal!
Bayaran yang di kenakan hanya rm10 atau rm 40 untk satu sampan (yang boleh memuatkan 4 orang). Masa tur aku share dengan pelancong Iran (pasangan suami isteri dengan anak 6 bulan). pendayung sampan adalah pakcik tua yang bermur 70 tahun. Pakcik tur dah mendayung sampan sejak berpuluh puluh tahun lalu! kesian jugak tgk pakcik tur..dah la kurus kering..tercungap cungap mendayung.
dari jauh, aku ingat cahaya yang berkelip di pokok berhampiran jeti adalah cahaya lampu kelip kelip (gimik ler tueh)..rupanya..itu lah cahaya dari kelip kelip!! waaa...cantik giler..macam pokok krismas. Cahayanya berwarna kuning berkilauan,dan berkelip kelip.. (sebab tu nama nyer
kelip kelip)
Malam itu, cahaya bulan terang, jadi cahaya dari kelip2 tak nampak terlalu menonjol. Menurut pakcik itu..kalo gelap gelita..lagi cantik, sebab cahaya kelip kelip jadi terang berderang. (jadi kalo korang nak pegi, tgk kalender, pegi waktu bulan takde)
pakcik mendayung rapat ke tebing sungai, berhampiran pokok..untuk kami mendekati kelip kelip itu..Kelip kelip.berterbangan di sekeliling kami..ada yang hinggap di tangan dan rambut..best nyer!! Tapi pelancong iran tu buat kacau mood, dia takut nak duduk area tebing sungai, takut ular katanya.

pada semua yang tak pernah tengok kelip kelip..ini lah rupa KELIP KELIP...!!
lebing kurang 20 minit ke 30 minit..sampan di hala ke arah ke jeti semula untuk menghantar kami dan mengambil peloncong lain pula.. aku pun melambai lambai, mengucapkan selamat tinggal pada koloni koloni kelip2.
Gunakan Karen dengan cheromat-pesanan Lembaga Letrik Negara aka TNB

Ini lah sampan yang di gunakan untuk bawak pelancong..kecik jer..kalo ada buaya, entah apa lar nasib.

Tong sampah dah ada 8 biji pun tak cukup lagi..sakit mata menengok nyer.

menurut cerita dahulu kala...ada puak Kelip kelip yang telah melanggar pantang larang..mereka di ikat beramai ramai..lalu di sumpah menjadi lampu kelip kelip... THE END