Saturday, December 27, 2008

Exam next week..aku bakar buku!

Apabila sudah tiba saat saat akhir begini..masih begitu banyak benda yang tidak dibaca..petua orang orang dulu ada menyebut, jika buku itu di bakar lalu abu abunya diminum, nescaya semua fakta akan meresap masuk melalui vilus vilus..lalu sebati di dalam darah dan di hantar ke otak!

Adakah buku Ortho atau Emergency Medicine yang menjadi mangsa??
Sebenarnya petang tadi..aku temankan kawan aku, menjalankan satu operasi (ritual kerkKK?) melupuskan buku teks al quraan dan hadis..

Buku itu dibakar di tempat tinggi lalu di hanyutkan ke sungai...
Aku pun mushkil jugak camne nak lupus al quraan..so ni reference yang dirujuk..




Friday, December 26, 2008

X'mas@ Disney?? -Coming Soon Lagik!



Haha...misi untuk study pada hari cuti Krismas GAGAL...
apa yang aku buat?
Best giler...berjumpa dengan Mickey Mouse & Friends, dengan gemerlapan cahaya yang amat merpersonakan..
bila hari semakin lewat malam, "salji" pun turun...
jingle bell..jingle bell..
la..la..la..

Thursday, December 25, 2008

Lost In Bangkok: Coming Soon


Pepatah ada menyebut "Malu bertanya sesat jalan". Namun apa yang terjadi sekiranya "ayam dan itik" berkomunikasi?

Makin bertanya..makin sesat!
Exam..next week, 4 modul sekali..di buat dalam satu hari...tinggal beberapa hari saja..aku tak tau nak mula di mana..warghhHHH!!
Aku kebosanan..budget bulan ni dah lari BANYAK.
aku kena rantai kaki, kena clamp kerete..say NO!




Thursday, December 18, 2008

Sawadikap~Suvarnabhumi Airport

Minggu ni busy giler..kena struggle sikit (ye la sangat~) untuk exam..
benci exam..benci..benci..

Rasa macam nak "sewa" Raja Khuzy untuk duduk sebelah ni, pegang rotan supaya aku belajar dengan tekun!

kejap kejap nak bukan web tur lar..kejap kejap nak chat lar..kejap kejap nak UPDATE BLOG LAR!!
bagi mengelakkan, citer bangkok terus lenyap, dan basi di telan masa,so aku berusaha update jugak sikit2..



Sakit bontot duduk dalam penerbangan yang "sempit"..terubat bila sampai ke lapangan terbang yang paling "popular" buat masa ini..

Suvarnabhumi Airport

hampir 2 minggu airport ini di tawan oleh penunjuk perasaan anti kerajaan. episod tersebut berakhir dengan pengunduran presiden thailand menandakan kejayaan misi kumpulan penunjuk perasaan tersebut.

terpegun dengan keindahan reka bentuk lapangan terbang ini..keindahan yang setanding (atau lebih cantik) dari KLIA sendiri..langsung tak nampak sebarang kesan yang menunjukkan ada "peristiwa hitam" di lapangan terbang ini (seperti vandalisme, kerosakan...etc)




Bahana BerGiGam!
Comey tak, board "awas licin ni"
Sampai je kat airport ni, aku jadi macam "Peerak" berGiGam sana sini, semua benda nak diambil gambar..sampai kat imegresion check pun aku amik gambar..
sekali kena sound dgn guard, dia mintak kamera, suruh aku delete gambar....cuak giler! kalo la dia terus rampas kamera aku..meroyan la aku! Pegawai kat situ tak mesra pelancong langsung, mungkin kesan insiden hitam minggu lalu masih ada, menyebabkan kawalan lebih ketat.
kat indon and Malaysia, sleamba je aku amik gambar sana sini..

kawasan menunggu teksi..lawa tak?

Hari dah malam, amik teksi (yang colourful dan cute) menuju ke hotel..
teksi NGV, berbau gas ..busuk lar..


Wednesday, December 17, 2008

Selamat tinggal Jakarta~sawadikap!

Hari ketiga di jakarta, sempat aku pergi shopping last minit di Block M mencari baju batik untuk diri sendiri dan family..pergi seorang diri, lagak sudah biasa benar dengan kota Jakarta.. hari ini orang ramai mula bekerja..jalan raya begitu sesak sekali..Anehnya, walupun sesesak manapun jalan raya, dengan perjalanan lalu lintas yang bersimpang siul, namun jarang sekali untuk kita lihat kereta yang calar balar ataupun remuk!

Penerbangan ke Bangkok pukul 4.20.. dah nama pun gi jalan dengan pilot, sure la nak gi awal, macam kalo gi ngan parent gak, takut terlepas kapal terbang katanya..hehe. Selepas check out dari hotel, amik teksi blue bird terus ke airport. Kali ini hanya guna teksi biasa (vios), tambang hanya Rp 100 000 (jimat 70 ribu) berbanding guna teksi eksekutif masa
mula mula sampai dulu.


Eh...sebelum terlupa, ini la tempat tinggal kami di Jakarta, Aston (taman) Rasuna..berGiGam sekejap..hehe.



pemandangan terakhir di kota Jakarta
Tugu pejuang atau pemimpin kebanggan Indonesia, Sukarno

Dah popular korang berdua kat sana..
Airport Keberangkatan Pulang..Opss..Pulang ke Bangkok!

    Duit airport tax dan juga charge yg di kenakan untuk check in beg ke dalam kargo Rp 25 000



Botak..sexy.. huhu...but aku benci tgk diri sendiri semakin botak!
Masih ada kesan Traveler Diarhea..pening pening..
Itu die pesawat kami!

Travel Tips : Teksi Blue Bird
sesuatu yang memudahkan perjalan di Jakarta ialah perkhidmatan Teksi yang amat mudah dan meyakinkan. Teksi Blue bird (kebanyakannya kereta Toyota Vios) berwarna biru muda terang,merupakan teksi yang boleh di gunakan tanpa sebarang was was di Jakarta! Kita tak akan berhadapan dengan situasi Teksi meter tipu atau pemandu teksi yang mencekik darah (seperti di Malaysia). Teksi mudah di tahan/di temui di mana mana sahaja..malah pemandu teksi juga ramah dan baik baik...

Travel Tips: Shopping di Jakarta..
Dengan nilai tukaran wang yang amat rendah, kita (org malaysia) boleh berbelanja sakan di sana! Tapi barangan yang murah HANYALAH barangan buatan tempatan, seperti kraf, batik, etc.. sebaliknya barangan import lain , harganya sama atau lebih mahal dari Malaysia.
  • Batik dan kraf tangan- tawar dengan harga yang amat murah, baju batik cap lengan panjang boleh di perolehi dengan harga serendah RM 15 @ Rp50 000!
  • Cermin mata! dan contact lens- sepasang cermin mata dengan kata multicoated hanya RM 35 ++, siap dalam masa sejam dengan kualiti yang memuaskan!
  • Barangan hantaran/cenderahati perkahwinan-serius lawa lawa n murah murah belaka!

  • Tie- harga biasa di KL rm 19,90 di sana boleh didapati dgn harga Rm 5, tp aku sendiri tak sempat beli..sop..sop.
  • Barang perempuan aku tak tgk sgt..but serius la..baju baju pompuan, kain tudung, telekung mmg murah..
Travel Tips:Shopping 2

berikut ,merupakan tips untuk membeli belah (di mana sahaja)

Fir: How much (berapa ni)
penjual : Rp 200 000!
Fir: murah sikit (cheaper)
Penjual: Rp 150 000!
Fir : ish..mahal tur.. ( ish..too expensive)
Penjual: Berapa awak mahu? (How much u want )
*********THINK FIRST*******************
Fir: Rp 50 000 (pilih harga terendah tapi masih munasabah!)

Penjual : rugi saya! Rp 100000..
Fir: Ok, last price..Rp 70 000!
Penjual: 90 000.
*****if tak bagi jugak, berjalan perlahan lahan meninggalkan kedai******
If harga tadi munasabah, penjual akan menjerit, memanggil anda semula!Jika tidak, maksudnya harga yang anda tawarkan, sememangnya tidak munasabah..so..move to next kedai untuk naikkan sikit harga!!

Tuesday, December 16, 2008

Jakarta day 2- beraya di perantauan

Hari raya di perantauan

Seawal 6.30. Pagi aku sudah tersedar dari tidur..sayup sayup kedengaran laungan takbir yg berkumandang sejak malam tadi. Selain takbir, beduk juga di palu sepanjang malam tanda hari kemenangan umat islam. Indonesia merupakan negara islam yg terbesar di dunia..tidak hairan, sambutan aidul adha di sambut dgn lebih meriah.


Gambar potret keluarga aidilfitri yang lalu

Duduk santai di luar balkoni..memerhatikan langit subuh di kota jakarta. Air mata bergenang terkenangkan keluarga di tanahair. Barang kali ini sambutan raya pertama aku jauh dari keluarga. Ya, memilih untuk mengembara meninggalkan keluarga bukan satu keputusan yg mudah. Aku tahu walaupun mereka membenarkan pemergian aku, namun di sudut hati tetap terasa berat untuk melepaskan aku pergi.. Apatah lagi, bangkok merupakan salah satu destinasi yg aku kunjungi, sebuah destinasi “panas” buat masa ini.

Panggilan telefon mendekatkan kan mana yang jauh.. Ucapan selamat hari raya di beri..serta restu dan doa keluarga di pohon. Sejauh mana bumi di pijak di situ jua langit di junjung..sejauh mana kita terbang tinggi..akhirnya kembali jejak ke bumi. Keluarga, bangsa , agama dan tanah air..itu itu pegangan ku, itu nadi ku dan itu tumpah darahku.

Satu kiblat, dua dunia

Sebuah masjid yang tersergam indah di Aston (taman Rasuna). Masjid merupakan rumah allah, untuk semua umatnya berhimpun dan sujud pada yang esa. Itu yang aku faham dan aku tahu selama ini. Tanpa mengira darjat , harta dan taraf hidup semua umat manusia adalah sama disisi Allah swt.. apa yang berlaku di sini,(indon) ialah, masjid ini memiliki 2 entrance yang berbeza, masjid di bahagikan oleh tembok besar yang memisahkan kawasan penempatan org miskin dan orang kaya. Entrance orang kaya di kawal rapi siap dengan pengawal keselamatan dan hanya org yang ”ada klas” saja boleh masuk menerusi entrance tersebut. Manakala, di sebalik, tembok, entrance orang miskin yang begitu berbeza pemandangannya.

Ya, ini lah indonesia, jurang digital yang keterlaluan sehingga rumah allah pun hendak di beza bezakan umatnya. Pada mulanya aku tak ”faham” keaadaan di sini, lalu dengan selambanya masuk ke kawasan entrance org kaya, sehingga di soal siasat oleh pengawal yg menjaga entrance orang kaya. Bull shitt!! Kaya harta, miskin akal..


di bahagian atas, ialah kawasan penempatan org miskin manakala sebelah bawah adalah entrance untuk org kaya, di pisahkan oleh temboh batu 6 kaki.

pegi semayang ke kak? atas tutup bawah terbukak!
Fakir miskin berebut daging qurban, pernah terjadi di Indonesia, org mati di pijak akibat berebut daging Qurban

Qurban
Walaupun bapak aku merupakan ”orang” yang terlibat secara langsung dengan lembu lembu..tapi seumur hidup aku tak pernah pegi menonton secara live, majlis korban. Kedutaan Malaysia hanya beberapa KM dari hotel yang aku tinggal, kebetulan kawan aku (azwan amboi amboi) berada di Indon juga..so kami pon berjumpa di kedutaan malaysia.. sampai lewat...so semua makanan dah habis..hehe

"kami dari kedutaan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya" azwan & fir






Shopping
Kekecewaan tidak dapat berkunjung ke Bandung cuba diubati dengan berkunjung ke kawasan membeli belah Mangga 2..keluar dari teksi, Kamera SLR aku terjatuh ke atas jalan dengan posisi lens berada di bawah..arghHHH!!!
Check 2, nasib baik tiada apa yang rosak, hanya kesan calar (yang cukup mengguris perasaan)
Besar Giler, sesak nak mampos, Tak murah..itulah perkataan yang menggambarkan keaadaan disini..tapi aku shooping jugak, mana yang patut di beli..dan apa yang teringin di hati. Barang untuk keluarga di utamakan...barang sendiri, biar kemudian.

Rambutan satu ikat Rp 10000=Rm 3.00


Travellers Diarhea.
Bakso yang kami makan semalam, pukul 1 tengahari..satu mangsa telah tewas, seorang lagi mangsa masih lagi sibuk bershopping. AZ dan demam muntah..terpaksa di hantar pulang ke hotel. Malam tu giliran aku pula.
Nasib baik la aku ni tau la jugak cara2 nak jaga orang dan jaga diri..alhamdulliah, keesokan harinya dah ok sikit...Cuma pening pening masih ada..kekuatan untuk berjalan dan motivasi untuk berGiGam menjadi kekuatan untuk melawan penyakit.

Packing untuk berangkat ke Bangkok keesokan harinya..haiz cepat sungguh masa berlalu...

Itenary di Jakarta

Day 1

Tiba di airport Cangkerang
naik teksi Silver Bird esksekutif- Rp 170 000
Check In hotel
Beli map Jakarta untuk study- Rp 20 000
Melawat Taman Mini Indonesia Rp 9000 (entrance fee) -27 rumah adat dan elbagai muzium

Menonton persembahan kebudayaan

Malam- berjalan di kompleks membeli belah Ammbasador dan Grand Indonesia

Day 2

Pagi- solat aidil adha di masjid
Membuat liputan di kawasan masjid.
beli Seikat rambutan- Rp 10 000
Berkunjung ke kedutaan Malaysia untuk menyaksikan ibadah korban
Tghari -shopping di kawasan Mangga 2 (Rp ???????????)
Malam- pengsan- travellers diarrhea

Day 3

Packing and check out
Last minute shopping kat Block M
Berangkat ke Bangkok dengan kesan Travellers Diarhea yang masih bersisa.

Sunday, December 14, 2008

JAKARTA: TMII & Bakso!

pernah dulu aku bersuara tidak akan menjejak lagi ke bumi Sukarno ini (buat masa terdekat)rana sudah selalu ke Indon. Dari kepulauan Bali, merentas tanah Jawa dan kepualauan Sumatra barat telah aku jelajahi.. moga kunjungan ke Kota Metropolitan Jakarta melengkapkan lagi perjalanan aku di Indonesia.

Jakarta-perjalanan mula disini.

Pernerbangan mengambil masa 2 jam terasa singkat kerana sibuk berGiGam (dah 30 mint) berborak dan melayan pramugari (mekap ala pelakon Opera!).. Lapangan terbang di Jakarta dikenali sebagai Cangkerang ( cute kan?) sebuah lapangan terbang yang agak unik..rekahan dindingnya mengingatkan aku kepada dinding DTC Universiti Malaya dan DSB Dewan Suluh Budiman UiTM, dinding kelabu warna simen asli tanpa sebarang calitan cat..menampakkan ciri ciri klasik pada bangunan tersebut. Aku percaya, suatu ketika dahulu, lapangan terbang ini merupakan salah satu airport yang termaju dan tercanggih di waktu zaman kegemilangannya (80-90 an).

teksi-budget Diva~

Helaian helaian kertas yang aku cetak mengandungi maklumat mengenai Traveltips di Jakarta, masih belum sempat aku "Khatam" . Aku tercari cari maklumat mengenai Teksi yang perlu di ambil untuk ke Hotel..
Kami hampir terperangkap dengan helah pemandu teksi sapu yang menawarkan pekhidmatan ke Jakarta dengan kos Rp250 000 (kira kita RM 70-80) dengan menggunakan teksi cabuknya. melangkah ke kaunter teksi yang disediakan di airport..akhirnya kami "terjerat" dengan satu lagi perkhidmatan tekasi, yang menawarkan harga yang lebih murah dan di kira "berpatutan".

melihat beg kami diusung masuk ke kereta Mercedes teksi eksklusif..membuat aku ternganga, tergamam sebentar. kerana bimbang dengan kos yang perlu di tanggung untuk membayar teksi-budget diva..di Malaysia pun tak sibuk nak naik teksi Limo..huhu.Rp 170 000 (RM 50++) jumlah yang perlu di bayar, mujur kami bertiga dan poket masih "penuh" dengan jutaan rupiah.


Potret Jakarta
Sesuai sebagai sebuah ibukota negara Indonesia raya, begitu banyak bangunan mencakar langit tersergam indah menghisasi potret kota Jakarta. Tidak dapat dinafikan, bangunan moden yang terdapat disini lebih banyak dan meliki senibina yang lebih cantik berbanding Kuala Lumpur sendiri..namun di sebalik kemegahan yang cuba dipaparkan, di sebalik segala unsur materialistik yang cuba dipaparkan, masih terdapat begitu banyak anak anak kecil yang tinggal di lorong lorong sempit, menagih simpati orangg ramai untuk sesuap nasi. Jurang digital yang di cipta oleh manusa sendiri begitu ketara umpama dua penghuni alam yang berbeza walupun menghembus udara yang sama dan berpijak di bumi tuhan yang serupa.


Taman Mini Indonesia..3 ringgit??
agak awal kami tiba di sini, (9.am) kebanyakan kedai masih belum mula beroperasi...aku tercari cari Map (tak dapat free di airport!) untuk aku study, memudahkan perjalanan 3 hari di Jakarta..

destinasi pertama kami, Taman Mini Indonesia. Deangan kos Rp 9000 (Rm 3 sahaja!) kami berpeluang mengunjungi sebuah taman yang amat hebat! dengan keluasan yang mampu melecetkan kaki, merangkumi 27++ rumah adat yang mewakli suku kaum yang terdapat di seluruh Indonesia. Serius, besar giler tempat ini..memang amat berbaloi bayar 3 ringgit untuk menikmati seluruh kawasan ini..Selain itu terdapat juga taman tema (ala fun fair),muzium, persembahan kebudayaan, panggung wayang 3D dan macam mcam lagi...kunjungan anda ke jakarta tidak lengkap jika tidak berkunjung ke sini.

Bahang cuaca tengahari di Jakarta begitu memeritkan, sekali sekala terasa berpinar pinar mata..menahan kepanasan dan melayan keroncong perut yang mula minta untuk di isi..
Malangnya, kawasan yang sebegini luas tidak menyediakan pengangkutan (untuk pusing pusing) supaya memudahkan pelancong yang hadir kesini...aahhh...What do u expect from Rp 9000?
banyak giler..pic yang best best..tp aku tak larat nak upload semua arr!

Bakso..mari makan Bakso..
setiap rumah adat menyediakan hidangan tempatan yang boleh di beli dengan harga yang amat murah...tetapi kebersihan makanan amat meragukan.. Travelers Diarhea is very common in such places. we need to be alert and aware about food tat we consumed, especially water tat we drinks.Bakso is a special menu at Jakarta/indonesia. It is like a mee sup in Malaysia but the special ingredient in the meal is a "meat ball".
yeah...korang tunggu what happen to us (i and AZ) next 24 hours !

Hints: meat is a main source of Salmonaella !
Blog Widget by LinkWithin