Sunday, February 22, 2009

Love in PD

yer..aku tau dah nak exam..sempat lagi gi holiday..

tujuan utama ke PD adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan "kazen" aku kat sana..

ermm..takde apa yg bnyak di kongsi mengenai majlis itu..melainkan sebuah lagi potret hitam putih manusia..di penuhi dengan aura aura hipokrasi dan riak yang berleluasa...biarlah mereka terjun dengan labu labunya...tanggung jawab kami,menghadiri majlis walimatulurus telah di laksana.

Ok, kita lupakan kisah kisah cerekarama minggu ini...buat pening je nak pikir...yang penting family aku happy.. tak berapa lama lagi akan hadir lagi 2 lagi org baru dalam keluarga,menambahakan lagi keceriaan dalam family kami. Percutian keluarga semakin kerap di anjurkan, setiap 2 minggu ada jer plan plan menarik!

Minggu ni, merupakan minggu terakhir abah bekerja..dah bersara, setelah berpuluh tahun membanting tulang 4 kerat menyara keluarga.. Kata abah, cukup lah. tiada apa lagi yang hendak di kejar (material), aku pun tak lama lagi dah nak habis belajar (insyaalah).

Kini,masa yang ada mahu di luangkan bersama keluarga...aku menjadi agen rasmi,mencari segala tiket tiket penerbangan yang murah untuk mereka ber-honey moon...
chow~
Photobucket

Photobucket

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin