Tuesday, February 10, 2009

Memori PGL The Musical 2007


  • Pantas sungguh masa berlalu…masa terasa begitu pantas…Kembali melihat koleksi gambar gambar lama, sepanjang aku berada di Fakulti Perubatan UiTM…Tersenyum terkenangkan memori menonton PGL the Musical beberapa tahun yang lalu (kira kira 2 tahun lalu)
    Photobucket

Bergambar kenangan di depan Istana Budaya...muda muda lagik semuanya...dari kiri.. Muslihin, Azwan, Kz, Epy, Fir,Faizal, Syahril,Fuad Curly, Capik.


Imbasan Memori PGL


  • Seramai 20 orang pelajar telah pergi berdedai dedai menonton PGL ketika itu! (termasuk Azah Isa!)

  • Aku pergi membeli tiket di kauter Access tiket cawangan Mid Valley bersama Epy dengan menaiki motorsikal dari Shah Alam ke Mid Valley (semangat!) ..tak silap, kitaorang ponteng kelas petang tur..semata mata untuk kesana.

  • Pulang dari Mid Valley, hujan turun dengan lebat dan kami tersesat jalan pulang! basah kuyup...kelakar betul..

  • Rombongan bertolak dari Shah Alam seawal 3 petang, selepas habis progress test..dan tiba paling awal di Istana Budaya (pelakon pelakon pun belum sampai)...selaku penganjur, masa buat exam, aku pikir pasal PGL jer..takut..ada apa apa problem.

  • Ketika itu, kami terpaksa menyewa kereta (dengan bayaran RM40) untuk pergi kesana..dan terpaksa memujuk rayu rakan rakan yang ada kereta untuk pergi bersama...bayangkan, sanggup menyewa kereta untuk ke Istana Budaya!

  • Kali pertama menjejak kaki ke Istana Budaya, bergigam di sana sini..dengan pelbagai pose menarik..huhu

  • Sepanjang barisan belakang di penuhi oleh rombongan kami...dengan suasana ceria dan penuh gelak ketawa..aku menjadi tukang cerita..menerangakan setiap babak yang di persembahkan.

  • Suasana gembira bertukar menjadi hiba dan sakit hati selepas di “sound” oleh security akibat bising dan di katakana menganggu penonton penonton yang lain.

  • Seorang wanita, berambut Maggi ala "Primadona Sesat" di syaki membuat aduan.

  • Security telah duduk di sebelah kami untuk mejaga tingkah laku kami, sehingga menggangu konsentrasi menonton...lalu aku menjadi BENGGANG!!

  • Setelah tamat, aku bertemu dengan Security terbabit dan mempersoalkan tindakannya yang keterlaluan dan memandang rendah kepada penonton tiket murahan (upper circles)..lalu dia meminta maaf.

  • Pulang...jam telah melepasi 1 pagi, kami di tahan Pak Guard UiTM namun berjaya “klentong” denagn menayatakan kami ada dinner di Istana Budaya..huhu.

Photobucket

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin