Saturday, March 7, 2009

Cameron Highland- Nak jadi Doktor tak boleh muntah

hanya 2 jam perjalanan dari rumah (teluk Intan),Cameron Highland sememangnya satu destinasi percutian keluarga yang paling kerap aku kunjungi...(dah sampai bosan kowt.haha..)

Photobucket

"Nak jadi Doktor tak boleh muntah"
semua sedia maklum, perjalanan ke Cameron Highland (melalui Tapah) berbengkang bengkok, maka pemandangan kereta berhenti di bahu jalan..dengan penumpangnya sedang menunjukkkan aksi mengeluarkan isi perut (muntah) amat kerap kelihatan.mengimbas kembali babak babak suatu ketika dahulu (18-20 tahun yang lalu).

Ketika itu, menaiki kerete Toyota Putih CK 1298, percutian keluarga ke Cameron Highland amat mengujakan! Umpama percutian ke London lagaknya...baju sejuk sudah awal awal lagi di simpan di dalam beg..sekali sekali menyibuk bertanya kepada mak berulang kali, untuk memastikan baju sejuk aku tidak tertinggal..

seperti kebanyakan kanak kanak lain...aku begitu teruja..menyaksikan pemandangan di sepanjang perjalanan. Gerun juga menyaksikan tebing tebing tinggi dan perasaan kagum kepada abah yang begitu cekap memandu mengikut jalan raya yang berbengkang bengkok.

Kami hanya tiga beradik, jadi abang akan duduk di sebelah kiri, kakak di bahagian kanan dan aku duduk di tengah. Sekiranya berubah posisi, nescaya akan berasa tidak selesa. Abang lebih gemar menyaksikan pemandangan luar, kakak pula lebih suka melihat kereta yang lalu dari arah bertentangan manakala aku pula lebih selesa memandang kehadapan sambil menyedut udara udara dari penghawa dingin.

Selepas beberapa minit perjalanan menyusuri jalan yang bengkang bengkok, kepala mula pening...

"lama lagi ke nak sampai"
abah: Sikit lagi... (walupun sebenarnya jauh lagi)

kakak tumpas...."abah berhenti kejap..." WeeekkKkkkkK!!!

Giliran aku pula..asam dan minyak angin yang di beli di stesyen minyak tidak mampu membendung perasaan loya dan pening...kandungan isi perut mula meronta ronta ingin di keluarkan..

dalam keadaan sebegini, peranan ibu amat penting dalam mengawal keadaan anak yang mula keresahan..

Mak: adik dah besar nak jadi apa?
aku: nak jadi doktor..
Mak: Kalo nak jadi doktor, kena kuat dan beranikan?
Aku: ya...
Mak: jadi kalo nak jadi doktor, tak bolah muntah macam kakak...

Sejak dari itu.memang aku tak pernah muntah. sejak dari kecil,begitu kuat perasaan teruja untuk menjadi doktor .

sehinggalah kini, ketika tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk aku mencapai suatu yang benar benar aku impikan sejak dari kecil lagi...perasaan teruja itu sudah semakin pudar..

-kembalikan diriku yang lalu-
Photobucket

Photobucket

1 comments:

Anonymous said...

Lumrah kehidupan..sesuatu yang kita impikan selalunya akan terasa keterujaannya apabila ia masih jauh untuk digapai..namun apabila kita semakin menghampiri yang diimpikan terasa seperti hilang atau pudar rasa teruja..mungkin bila di fikirkan segala yang kita lalui untuk mengapai impian itu dan memikirkan sumbangan yang kita boleh lakukan melalui impian kita..terutama untuk awak..bukan semua mampu mengapai impian..
:(hanya yang bernasib abik mampu melakukan impian yang diimpikan semenjak kecil.. saya hanya mampu berimpian but life must go on waht ever it take..so hope u hv fun wht ever u do..bye..wassalam.. Maybe see u as my doc..who`s rite.hehehe..

Blog Widget by LinkWithin