Borneo Backpackers 2009
26-30 April 2009
Sabah ( Kota kinabalu- Kundasang-Kudat- Tawau- Semporna- Pulau Mabul)

Ini merupakan percutian idaman aku.....teringin rasanya nak bercuti ala ala backpackers. Biasanya kalo kita lihat pelancong pelancong mat saleh akan mengusung beg yang besar (deuter okey!) dengan selamba dan sempoi. Tak perlu berbaju Grand atau bershopping sakan...sekadar bawak apa yang perlu sahaja. Bukan macam percutian mak datin (kebanyakan pelancong malaysia), segala barang hendak di bawa, segala benda hendak di beli dari kawan kawan, anak anak, cucu cicit dan saudara mara bau bau bacang!
Ekspedisi kali ini disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada:
1. Fir the planner
2. Epy the jocker
3. Capik the Laughter Master
4. Atoq the jiwang lover
5. Azwan the amboi amboi
6. Daus the ba
7. Rezu the fairest beauty
dan peserta julung kali nya....memperkenalkan...
"Fuad the Curly"-major in culinary art and foods
Huh...list peserta semuanya mantap mantap!... pengalaman beberapa kali bercuti dengan geng geng yang sama dan satu kepala memang best.bukan apa...leceh la kalo jenis yang banyak kerenah dan banyak bunyi... pening kepala. Lebih lebih lagi percutian kali ini berkonsepkan ala Backpackers. Semu peserta di ingatkan agat sentiasa bersabar memandangkan,sepanjang percutian anda semua TIDAK akan mendapat layanan 5 bintang. Tido sekadar melelapkan mata, makan sekadar kenyang dan jalan sampai sakit lutut!
Sebagai planner, aku berharap percutian kali ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar. moga moga ia akan memberi pengalaman yang cukup bermakna untuk semua. Setidak tidaknya, bakal bakal doktor ini akan mampu tersenyum mengenangkan saat saaat indah memori di zaman Universiti. Salam.
1 comments:
owh, ni lah backpackers yg anda gembar gemburkan ye..
Post a Comment