Saturday, April 25, 2009

Kenapa...alasan jer!



hmm...melihat ruangan di sebelah (achive)..sepanjang beberapa bulan ni, bilangan post telah menurun dengan mendadak.. bayangakan, jika suatu ketika dahulu hampir setiap hari aku akan update blog, tapi sejak akhir akhir ni...nak update seminggu sekali pun cukup payah..




Kenapa aku dah lama tak update??


SIBUK


punca utama ialah kesibukan dengan jadual dan kelas setiap hari...Bukan sebelum ini aku tak sibuk, jadual masih seperti biasa, tetapi dalam tempoh beberapa bulan ni, banyak travel ke sana sini... kemudian di ikuti pula dengan posting Medicine:Cardiology..

Tapi yang peliknya, nak kata aku study sangat, tak juga.. Kecewa dengan posting Medicine kali ini yang agak huru hara. Bayangkan dalam tempoh 3 minggu, aku hanya ada 3- 4 kelas sahaja! Ini semua berpunca dari pengurusan yang teruk. Kemudian, lecturer pula saling bertolak tolak, enggan mengadakan kelas walaupun sudah jelas dan nyata, giliran mereka mengajar. Kemudian, kebanyakan lecturer memberikan tumpuan kepada pelajra yr 5 yang sedang mengahdapi peperiksaan akhir.


GAMBAR

semua sedia maklum, blog ini amat menitik beratkan nilai nilai gambar yang di upload kan. kebanyakan gambar di ambil menggunakan camera DSLR aku...jadi saiz setiap gambar kira kira 3-4 mb. mahu atau tidak, aku kena gunakan photoshop untuk resize dan mengurangakn jumlah saiz memori agar bolhe di upload di dalam blog. Alang alang dah masuk photoshop, pasti tangan gatal nak ubah sana sini. Kemudian, dlam satu satu peristiwa, terlalu banyak gambar yang menrik untuk di kongsi...oleh itu aku akan gabung kan beberapakeping gambar menjadi sekeping (kena pilih gambar, dan susun ikut kesesuaian) Sedar atau tidak, setiap keping gambar yang siap di edit, mengambil tempoh hampir setengah jam!!

TERLEPAS

terlalu banyak peristiwa yang dah terlepas, (dlaam hati...NANTI aku update) ...akibatnya, cerita itu telah basi, dan mood untuk update dah takde...

TYPE

kebolehan menaip aku sangat TERUK!!. dah la lambat, banyak salah eja pulak tur...membuatkan aku benggan( tengok dah salah eja!) dan fade up...

INTERNET

sejak berpindah ke rumah baru, internet dah takde..jadi nak update pun susah. memang aku dah beli celcom broadband..tapi...menyesal giler, dah la lembab, banyak sangat masalah...membazir duit aku 68 hinggit sebulan!


MOOD



banyak perkara yang aku buat bergantung kepada MOOD...aku jenis yang cepat bosan dengan sesuatu perkara...dulu masa awal2 blog...exited lar...sekarang ni...dah makin bosan.. lebih lebih lagi..ramai yang datang singgah, tapi tak meninggalkan komen atau message...so aku jadi borink...macam syok sendiri plak! blog aku ni..jadi laman hiburan percuma plak..


PDA


Sebelum ini, kebanyakan post yang aku buat aku type menggunakna PDA aku...namun semua sedia maklum, barang apa saja yang tak rosak kalo aku guna, PDA akau dah benggong, tak dapat detect sim card, so dah jadi second phone lar..terpaksa guna phone lain untuk buat call/sms.. jadi kadang kadang malas nak bawak PDA ke sana sini..sebab dah rosak.


2 comments:

lilies said...

me too..slalu dlm mind nk update my blog then bz lgsg xde chance nk tulis then bile da lme xmood lak..huhuhu..buy new ones..(PDA)yg tahan lasaknyer..hehhehe..tp ade kew??

Fir Da Vinci said...

ada ke....PDA yang tahan lasak..kena gelek lori pon tak mati!!

sekarang ni...nak usahakan update sikit sikit jer (janji update) simple n nice jer..

Blog Widget by LinkWithin