Aku ingat hari ibu, minggu ke 3 dalam bulan Mei..sekali rupanya, minggu ke 2.

Bangun je tido weekend lalu, aku tgk MHI dah dok bercerita pasal hari ibu dan ada ucapan ucapan untuk Hari Ibu..Rupanya hari ahad tur..merupakan hari ibu...Hmm..dah la tak prepare apa2 (Hadiah, wish, etc) so rasa serba salah pada mak aku..
sebelum naik bas untuk pulang ke KL, aku sempat wish "selamat hari ibu" love you...
Mak: Belajar elok elok...itu hadiah paling bermakna untuk mak...
Fir: insyallah, aku akan belajar dengan lebeh tekun lepas ni...mempersiapkan diri, mental dan fizikal untuk melangkah ke tahun akhir dalam pengajian aku...
Aku bangga memiliki ibu yang cukup penyayang dan hebat.
Tiada siapa dapat menandingi kasih sayang mak pada aku dan adik beradik yang lain (tak kira, suami atau isteri masing masing). sebab kasih sayangnya TERRLALU KUAT.
Naluri keibuaannya terlalu HEBAT.. Masih ingat lagi jika aku demam, mak akan sentiasa berada di sisi sepanjang malam menjaga aku sehingga demam reda..setiap jam, mak akan terjaga dan melihat suhu badan aku, rasa badan masih panas atau tidak..Rasanya, walaupun aku ni bakal doktor (insyaallah) belum tentu aku dapat menjaga mak seperti mana yang mak lakukan..

Mak merupakan inspirasi kami adik beradik, Ya, mak aku bukan professor atau memiliki kelulusan yang tinggi, tapi kegigihan dan keikhlasan beliau dalam menimba ilmu dan bekerja amat dikagumi. di besarkan dalam keluarga besar dan serba kekurangan menjadi batu penghalang untuk terus melangkah jauh suatu ketika dahulu. Namun atas keazaman yang tinggi dan cita2 untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, beliau telah melanjutkan pelajaran menjelang usia 40 tahun.. ketika itu aku masih lagi bersekolah di darjah satu.. Tempoh itu telah mengajar aku untuk berdikari.. seawal usia itu, aku telah pergi ke sekolah sendiri dengan menaiki basikal, mengosok baju sendiri dan menyiapkan segala kelengkapan sendiri. Kadang kala aku lihat budak budak zaman sekarang terlalu di manjakan dan jika nak di bandingkan (bila tengok diorang), seperti tak percaya dalam usia sementah itu aku sudah mula berdikari sendiri.
Mak telah mengorbankan segala ruang dan keinginan beliau semata mata untuk memenuhi kesenangan anak2 di masa hadapan.. berbanding sesetengah kaum perempuan yang gemar bergaya, membeli perabot, barang kemas dan pakaian.. mak jarang berbelanja untuk semua itu. Kadang kala beliau dianggap "kedekut" oleh sesetengah makcik2 yang lain. Kata emak, "aku kedekut, untuk anak anak"..lebih baik beringat dari awal, demi kesenangan di masa hadapan. Jelas terbukti, sikap beliau yang berjimat cermat mendatangkan hasil, insyaallah ,kini , keluaga sudah stabil, dan sudah tiba masanya untuk beliau "menuai hasil". Moga2..bila aku dah kerja nanti, aku boleh membalas segala kesenangan yang telah dipinjam kan kepada anak anak pada masa lalu.
ok lar..nak study plak...sibuk update blog jer..camne nak study..huhu..
kepada semua ibu ibu dan bakal ibu...aku nak ucap,
"selamat hari ibu...anda semua ibu terhebat!"
0 comments:
Post a Comment