Teater Mahsuri telah berjaya di pentaskan di Istana budaya.. Sebelum pergi ke Sabah sempat lagi pegi menonton, memang kelam kabut giler, barang tak packing lagi..tapi sibuk juga nak menonton..

Yer la...siapa tak teruja dengan Mahsuri..
kita telah di besarkan dengan kisah kisah lagenda Mahsuri, kesucian seorang wanita yang di fintnah angkara hasad dengki manusia sehingga menyebabkan bala menimpa bumi Langkawi selama 7 keturunan lamanya.
Bukan kecewa, bukan juga memuji...sememangnya aku tidak mengharapan pementsan ini akan menjadi sehebat Puteri Gunung Ledang..tetapi apa yang terasa terkilan di hati ialah..bagai mana sekali lagi medium atau naskah yang cukup berharga telah di bazirkan.
"Roh" Mahsuri gagal di serapkan ke jiwa penonton..penceritaan watak mahsuri itu sendiri gagal di kembang dan di gunakan sebaik mungkin.
Siapakah Mahsuri?

Ya, memang benar, semua orang di Malaysia telah kenal siapa itu Mahsuri.. Atas alasan itu, penceritaan watak Mahsuri tidak di kembangkan di dalam teater ini. Namun begitu, ketiadaan babak memperkenalkan "mahsuri" telah mencacatkan keseluruhan persembahan. Penonton tidak di beritahu, mengenai keistimewaan watak Mahsuri sehingga beliau menjadi kegilaan jejaka dan di cemburui ramai. Bayangkan sekiranya, pementasan ini di tontonkan kepada orang asing, dapatkah mereka memahami naskah ini.? dapatkah watak mahsuri "di jual" ?
Bukan sahaja watak Mahsuri di bazirkan, malah kemampuan Vanidah Imran selaku teraju utama turut di persiakan.. kekuatan Vanidah tidak di gunakan sebaik mungkin..hanya babak akhir beliau berpeluang menunjukan emosi... hmm..rasanya, Vanidah kena latih vocal dengan lebih intensif lagi sebelum bersedia untuk beraksi di pentas teater musikal.
Hantu PGL..
babak demi babak, PGL sentiasa menghantui pementasan ini..bukan fanatik atau obses, tetapi terlalu banyak babak yang "di tiru" dari PGL..
1. Babak orang Kampung Vs Babak masyarakat Melaka (ni tak ketara sangat)
2. watak Wan Mahura menunjukkan kemarahan Vs Babak Bayan dan Gusti Putri Tinta dewa
3. Watak perang Vs Dewa perang (lighting pun sama)
SINOPSIS
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.
1 comments:
hey.. nice blog
dont give it up, tho ur busy..
ull let alot of us down..
hope ur doing well
take care yeah
Post a Comment