Thursday, July 30, 2009

Western Australia Day 1: Uniknya Singapura

tiap kali aku mula tulis pasal tempat yang aku lawati pasti topik akan bermula dengan "Nama Tempat: day 1" contohnya "Borneo Backpackers: Day 1"...dan kebiasaannya cerita akan terhenti setakat Day 1 sahaja :I

malas nak janji apa apa...aku update je yang mana termampu.okey?
Beg merah atas: labtop, beg merah bawah..stok makanan sahaja!
Walupun sudah beberapa kali travel, aku ada tabiat buruk yang sukar untuk dibendung iaitu tak pandai merancang barang apa yang perlu di bawa! dalam kepala aku, kalo jalan 7 hari maka, aku perlu bawa 7 helai baju siang untuk berjalan dan 7 helai baju untuk malam, dengan beberapa helai seluar. Baju baju yang telah di short list akan disusun tinggi tinggi sebelum disaring untuk kali terakhir. Keputusannya, hampir kesemua baju akan di sumbat masuk kedalam beg! Selain itu, aku juga ada tabiat untuk bawa komputer riba kemana saja aku pegi..kononnya, senang nak online dan kalo bosan malam malam ada benda yang boleh di buat.Tak cukup dengan itu, aku juga akan bawa buku buku untuk di baca (citcita tinggi!) a seperti buku Harry Potter (yang di beli khas,sempena Harry Potter & Half Blood Prince-yang aku baca half jugak ;p) serta buku yang santai seperti Doraemon! Akhirnya, Hanya separuh pakaian yang diguna, laptop hanya di buka sekali sekala dan buku hanya menambah lagi beban di bahu! Lebih memburukkan keaadaan, masa aku pergi Langkawi dulu..labtop aku rosak kena hempap dengan beg beg lain (sangat tak berbaloi!)
Firdaavincci: lain kali aku janji bawa baju sikit jer! -iye lah tur!
SingaporeTempoh masa 8 jam transit di singapura di gunakan sepenuhnya untuk "meninjau" keunikan kota singapura...( tema yang di gunakan untuk promosi Singapura kan "Uniknya Singapura" )Hmm...tiada banyak yang begitu mengujakan kerana budaya dan suasana di singapura dan Malaysia mempunyai banyak persamaan (kadang kala terdetik..."hei..curi identiti Malaysia!" Tetapi tidak dinafikan bandaraya singapura sangat bersih dan teratur..jika nak di bandingkan dengan Kuala Lumpur. Perkhidmatan lawtan ringkas (percuma) yang di sediakan oleh pihak pengurusan Lapangan terbang Singapura kepada penumpang yang transit adalah amat dihargai..walupun terdapat beberapa kekalutan semasa menguruskan perjalanan. Perkhidmatan tersebut hanya di berikan kepada penumpang yang ada "boarding pass" sedangkan penerbangan tambang murah yang aku naiki hanya akan menglaurkana boarding pass 2 jam sebelum pernerbangan. leceh pulak dengan hal remeh seperti itu...pekerja yang bertugas di Information Counter juga tidak cukup "berinformasi" untuk duduk di kaunter itu.

Antara tempat yang SEMPAT di lawat ialah...Singpore Flyer ni (kat malaysia pun ada, kat Perth pun ada!) tiket berharga SD25 (Rm 70)...hmm..pikir pikir balik...tak payah naik lar..sama jer..huhu.Selain itu aku juga sempat singgah di Shopping complex Suntec City.Harga setelah di congak, sama ada hampir sama atau lebih mahal dari Malaysia.Jadi tengok tengok saja lar. Hajat untuk bergambar di Esplanade dan patung singa (yang keluar air tur) tidak kesampaian sebab tak cukup masa ;(
bergegas pulang ke airport dan bersedia untuk penerbangan seterusnya ke Perth...yahoo!!





5 comments:

nurul akmal abdullah said...

rajinnye anda berjalan2....
huhu...

Fir Da Vinci said...

sangat rajinnnnn...kalo masuk silibus sure markah attitude tinggi =)

lilies said...

hurmm..a`ah kn plan konon2 ade mase tuk membaca la then surf internet lar.. bawak bju konon juz enuff for days yg kite bercuti..alih2 xbyk mane pon pakai & buat.. mak lilies ckp..lenkali bwk ar almari skali senang..huhuhu.. tp tue lum g cm fir lg..cm oversea bru g cuti2 mesia..

Fir Da Vinci said...

yer lar..cita cita tinggi..
mak aku selali cakap..

"tengok orang putih tur..pakai singlet (or nothing) dgn seluar kecik jer..so tak payah la nak bawak beg besor besor"

kita ni..(kalo pompuan) dengan tudung dan "benda dalam2" pun dah satu beg..huhu

Anonymous said...

huhuhu..=).

Blog Widget by LinkWithin