Day 1: KL- Singapore- Perth
Peluang transit selama 8 jam di singapore diambil untuk bersiar siar sebentar menyaksikan keindahan (indah keuh) kota singapura. Perkhidmatan percuma di sediakan di lapangan terbang bagi penumpang yang transit lebih dari 6 jam. Kemudian terbang pula ke Perth pada jam 6 petang. Tiba di Perth 11 malam.Bermalam di Mountbay servise apartment.
Day 2:Perth
Pagi menikmati keindahan Kings Park dan meneroka flora dan fauna di situ. Tengahari berjalan di kota perth melawat tarikan di perth seperti swan bell tower,perth wheels, Perth Mint,London court dan lain lain lagi.menguruskan hal kereta sewa untuk perjalan kesokan hari.
Day 3:Perth-Albany
Bangun awal pagi untuk ambil kereta sewa di Baywater car rental.Bertolak menuju ke Albany, perjalann mengambil masa 5-6 jam. di dalam perjalan singgah di beberapa tempat untuk menghilangkan penat dan sakit pinggang di Williams,Kojonup dan lain lain lagi. Tiba Di Albany pukul 3 petang.Penginapan di Albany Beach Park. Petang-bersiar di Emu Beach, menikmati pemandangan matahari terbenam dan gelora laut selatan.
View Larger Map
417 km – about 5 hours 18 mins
Day 4:Albany-Pemberton
bangun seawal 6 pagi,menuju ke Monunt Clarence untuk menikmati keindahan albany dari puncak gunung tertinggi di albany.Bersiar di bandar albany, sebuah bandar kecil yang penh dengan bangunan lama yang cantik.Singgah si Almaty, sebuah replika kapal lama yang terletak di tepi pantai.Kemudian meneruskan perjalanan ke Wind Farm, ladang kincir angin terbesar di Australia (tak sure). Kemudian terus ke Whale World,suatu ketika dahulu merupakan sebuah perlabuhan menangkap ikan paus terbesar di dunia kini di jadikan muzium. Kemudian berkunjung ke Wild life park untuk bermain main main dengan kanggaru dan beruang Koala. Terus bertolak ke Pemberton. Sepanjang perjalan singgah di The Gap dan Natural Bridge serta Valley of Giant.Tiba di sana sebelum pukul 5 petang. Bermalam di big brooke cottage.
View Larger Map
239 km -2 hours 57 mins
Day 5: Pemberton- Margaret river
Menikmati kedinginan pagi di Big Brooke Dam. Kemudian ke Timber woodcraft factory. Singgah di Agusta untuk berkunjung ke Cape Lee Wine, sebuah rumah apa yang tertinggi (dan tertua) di australia, merupakan tempat petemuan laut India dan Laut Selatan. Memerhatikan Ikan Paus yang bermigrasi untuk mengawan (tapi tak nampak pun!)Tiba di MArgaret River,bermalam di Rivelven Chalet
View Larger Map
139 km – about 1 hour 51 mins
Day 6: Margaret River- Perth
HAri terakhir untuk road trip. Melawat jaringan Gua gua yang indah di Margaret river seperti Jewel Cave dan Lake Cave. Kemudian singgah di Ladang Anggur (tapi anggur kering pada musim sejuk), di sini terkenal dnegan industri pembuatan Wine yang terbaik.Singgah di Busselton Jetty, Perlabuhan kayu yang terpanjang di Southern Hemisphera. Melalui bandar Mandurah,singgah di Dolphine Center (tapi dah tutup). Tiba di perth, Bermalam di Aaron All Suites.
View Larger Map
293 km 4 hours 25 mins
Day 7: Perth- Fremantle
menaiki Tren ke Fremantle, sebuah bandar perlabuhan. Mebeli belah di Freamantle market. Melawat Fremantle Maritim Museum, Fremantle Jail dan lain lain lagi. Pulang ke Perth, bersiar dan membeli belah di Perth Hay Street. Bermalam di Aaron All Suites
View Larger Map
Day 8: Perth- Singapore- Kl
Hari terakhir. Melawat ke Western Australia Museum dan Art Museum. Kemudian menuju ke Airport dan pulang ke Malaysia (transit di singapore)
Margaret River to Perth: 293 KM (4 hours)
it has been 2 years
-
Bismillahirrahmanirrahim
mixed feelings while writing this. we're all coming an end towards month of
may, soon june will come, and by july, it has been 2 ...
1 week ago
10 comments:
woi...best giler...jeles jeles jeles!!!...
huhu..ko pun gi cuti cuti jer... (senang nyer amik master) siap berpesyen baju yuna..sakan!
amboi...cuti2 sesakan nampak...
bercuti cuti dahulu..bersusah kemudian !
i'll be there once...
uwa!!!!JELES!!!
jangan kawin cepat..huhu.
kalo dah beranak pinak nanti..kena tunggu lepas pencen pulak baru boleh jalan..hehe
haha..good point...
tapi....
aku tak pedulik...
kawen ke tak...
aku mesti sampai sana gak...
siyes mcm best gile.bape cost eh sume2 tu?
hmm...cost..
kalo gi ngan travel agency may cost you almost 8-10k..but pegi sendiri.boleh jimat 70% :)
huh.smart seyh.nk try gak.
asal g blog ni je,mesti teruja nk bjalan.
teruja gak nk bsikap kedekut.
ho ho ho.
tp nk kna rekrut member dlu.uhh.tk kesah aa.
thanx bro.
Post a Comment